fbpx

Servis Kereta Sewa Kota Bharu – Pemandu Ada, Pandu Sendiri Pun Boleh

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Kereta-Sewa-Kota-Bharu

Bila kita terpaksa berjalan jauh, terasa juga kemalasan nak memandu. Contohnya, kalau saya nak balik ke kampung, saya lebih rela naik bas atau kapal terbang sebab malas dan letih nak memandu. Tiket kapal terbang pun berbaloi tambah-tambah kalau time AirAsia buat promosi. Dengan kapal terbang, kejap saja sudah sampai berbanding dengan berjam-jam pegang stereng dalam kereta. Jenuh kira berapa jam lagi nak hadap jalan. Apa lagi jom sewa kereta dengan perkhidmatan Kereta Sewa Kota Bharu.

KB Mall

Suka memanglah suka bila ada yang tolong pandukan kenderaan balik kampung. Tapi, apabila sudah sampai ke destinasi, meraba-raba pula cari kereta nak gerak makan kat restoran viral. Lagi parah kalau dah plan nak pergi berkelah ramai-ramai. Nak pergi naik apa? Kereta dah tinggal di rumah. Haisy, susah juga kalau tidak ada kereta. Nak keluar kena ada kenderaan. Tapi, malas nak bawa kereta balik kampung. Dilema betul. Jadi, nak bawa kereta ke nak fly je?

Buat yang sedang dalam perancangan nak pergi ke Kelantan, saya cadangkan naik sahaja kapal terbang. Tak sampai sejam sudah sampai kalau dari Kuala Lumpur. Tak payah nak memandu jauh-jauh. Kereta? Jangan risau. Anda boleh memandu sebaik sahaja sampai di airport kerana syarikat Kereta Sewa Kota Bharu ada menyediakan servis kereta sewa yang sangat berbaloi untuk dirasai sendiri oleh anda.

Lokasi Pejabat Syarikat Kereta Sewa Kota Bharu

Syarikat Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan ini terletak di Wakaf Bharu, Kota Bharu Kelantan dan juga di Bandar Machang berhadapan dengan Pasar Machang, bersebelahan dengan Stesen Bas SKMK. Lokasi Pejabat Kereta Sewa Kota Bharu

Walaupun ibu pejabatnya terletak di Machang, servis kereta sewa syarikat ini meliputi kawasan Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kota Bharu. Apa yang penting, terdapat juga pejabat di Kota Bharu iaitu di alamat: Lot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ), Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Sangat meluas meliputi hampir keseluruhan negeri Kelantan. Jadi, kalau ada yang nak pergi ke tempat-tempat yang di luar Kota Bharu atau Machang pun, tiada masalah.

Servis Kereta Sewa Yang Disediakan

Servis kereta sewa mereka lain daripada yang lain tahu. Pelanggan boleh memilih sama ada hendak menyewa kereta sahaja atau pakej sekali dengan pemandu.

Kereta Sewa Kota Bharu

  • Penghantaran pelanggan ke mana-mana lokasi yang diingini
  • Penghantaran kereta sewa dari dan ke lapangan terbang dan hotel-hotel di kawasan Kota Bharu, Kelantan
  • Kereta sewa dengan pemandu yang berpengalaman

Kalau rajin nak memandu di tempat orang guna Google Maps atau Waze, anda boleh sewa kereta sahaja. Kalau malas, sewa sekali dengan pemandu. Bolehlah anda jadi Tuan Besar di tempat duduk belakang. Semuanya terpulang kepada kehendak dan keselesaan para pelanggan.

Keistimewaan Menyewa Kereta Dengan Syarikat Kereta Sewa Kota Bharu, Kelantan

Menyewa kereta daripada syarikat ini tidak akan sama dengan servis kereta sewa di tempat lain. Jangan samakan mereka sebab memang tak sama tau.

Kereta Sewa Kota Bharu-Vellfire-Airport
Yup, itu kereta sewa yang sedang menunggu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Dengan mereka, anda akan dilayan dengan sangat istimewa sebab

  • Servis kereta sewa dengan harga yang sangat berpatutan
  • Menawarkan kereta mewah untuk disewa bagi yang mempunyai bajet lebih
  • Kereta sederhana untuk mereka yang berjalan dengan bajet ketat
  • Layanan yang mesra oleh para pekerja dan pemandu
  • Keadaan kereta yang dijaga dengan rapi
    • Menggunakan kereta baru
    • Kereta sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih
    • Kereta sentiasa berbau harum dengan pewangi kereta
    • Karpet yang tebal untuk keselesaan pelanggan
    • Maintenance kereta sentiasa dilakukan secara berkala
    • Support diberikan dan penukaran kereta dilakukan sekiranya timbul masalah di pertengahan jalan

Kereta Sewa Kota Bharu - murah

Syarikat pernah menerima seorang pelanggan yang asyik menyewa kereta setiap minggu. Setiap kali menyewa pula, dia menyewa kereta yang berlainan. Walaupun dia mampu membeli kereta, beliau lebih memilih untuk menyewa kereta daripada syarikat ini untuk mengelakkan diri daripada berhutang dengan bank. Dengan menyewa juga, dia tidak perlu risau nak jaga maintenance kereta. Bijak juga beliau ni kan?

Kalau saya, saya lebih memilih sewa secara bulanan. Kalau anda, anda suka sewa secara mingguan ke bulanan?

Senarai Kereta Sewa Yang Disediakan

Syarikat Kereta Sewa Kelantan menyediakan senarai panjang jenis-jenis kereta yang boleh disewa. Dari kereta mewah sehinggalah kereta biasa. Semua boleh dipilih sendiri oleh pelanggan bergantung kepada bajet masing-masing.

  • Toyota Velfire
  • Hyundai Starex Royale
  • Nissan Urvan
  • Toyota Hiace
  • Ford Spectron
  • Alza
  • Volkswagen Golf TSI
  • Myvi 1.5 SE
  • Myvi X 1.3
  • Myvi G 1.3
  • Axia G
  • Axia Se
  • Viva
  • Perodua Bezza G
  • Perodua Bezza Advance
  • Toyota Avanza
  • Proton Saga FLX

Wah! Banyaknya kereta. Boleh tahan nak pilih. Mewah ada. Sederhana pun ada. Kadar sewa pun berpatutan untuk sewaan harian, mingguan, mahupun bulanan. Jadi, mana satu kereta pilihan anda?

Testimoni Pelanggan Yang Sudah Berpuas Hati

Sudah ramai pelanggan yang sudah berpuas hati dengan servis kereta sewa daripada Syarikat Kereta Sewa Van Sewa Machang  – Kereta Sewa Kota Bharu tau. Bukan orang Melayu sahaja, mat saleh pun sudah merasa. Jom kita tengok.

Kereta Sewa Kota Bharu review google 2

Kereta Sewa Kelantan Kota Bharu review Facebook

Kereta Sewa Kota Bharu-Uitm

Kereta-Sewa-Kelantan-Kota-Bharu-jalan-jalan

Kereta Sewa Kelantan -Starex

Tempah Kereta Sewa Anda Sekarang Juga

Buat pengetahuan semua, bilangan kereta sewa yang available pada satu-satu masa adalah sangat terhad. Tambah-tambah lagi kalau musim cuti hujung minggu atau cuti am. Jadi, kalau anda sedang tercari-cari kereta sewa sepanjang berada di Kelantan, anda tidak boleh lengah. Nanti melepas. Kalau semua dan confirm, anda boleh terus buat tempahan hari ini juga.

Untuk maklumat lanjut tentang kereta sewa, harga dan informasi lain, sila layari

Facebook Page Kereta Sewa Kota Bharu

Website Kereta Sewa Kota Bharu

Website – Kembara Khalifah – Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd

Whatsap – 016 7508833

SMS – 016 7508833

“BARU, BERSIH & SELESA”

Sentiasa memberikan yang terbaik kepada semua.

 

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota BharuLot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ) Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts

Scroll to Top