fbpx

Kereta Sewa Kota Bharu Airport Harga Terbaik

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
A VPN is an essential component of IT security, whether you’re just starting a business or are already up and running. Most business interactions and transactions happen online and VPN

Tidak kisahlah samada anda ingin bercuti lama atau bercuti dalam tempoh yang singkat, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dari Syarikat Go Rocket Travel & Tours Sdn Bhd. Salah satu syarikat perkhidmatan kereta sewa dan van sewa terus ke lokasi anda sekitar Kota Bharu seperti di Airport Kota Bharu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Jeti Pulau Perhentian, Aeon Mall dan tempat-tempat lain sekitar Kelantan.

 

Negeri Kelantan Darul Naim atau lebih dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang dan Negeri Serambi Mekah sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang menarik seperti pantai, air terjun, dan gunung ganang. Kota Bahru pula merupakan ibu negeri Kelantan Darul Naim yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah dan pusat membeli belah untuk di kunjungi oleh para pelancong. Tidak hairanlah jika majoriti pelancong memilih negeri Kelantan sebagai destinasi pelancongan untuk bercuti kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di negeri Kelantan ini.


Selain tempat-tempat yang menarik, negeri Kelantan juga kaya dengan pelbagai jenis makanan yang manis, sedap dan murah. Tidak lengkap percutian di Kota Bahru jika tidak singgah dan membeli belah di Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru dan KB Plaza. Di sini terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian, makanan, tudung, kain batik, kraftangan dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga barangan daripada Negara Thailand yang di jual di sini disebabkan negeri Kelantan berdekatan dengan sempadan Siam. Paling menarik, anda boleh dapatkan harga yang murah ketika membeli belah di sini jika anda bijak dalam tawar menawar.


Tak cukup rasanya kalau sehari dua sahaja bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Banyak lagi aktiviti yang boleh di lakukan sepanjang bercuti di Kelantan. Anda boleh menginap di hotel, homestay, resort atau chalet yang terdapat di Kota Bharu.

Untuk percutian yang lebih santai dan tidak memenatkan, adalah lebih baik bercuti ke Kelantan dengan menaiki Kapal Terbang. Jadi, tidak perlu memandu kereta dalam tempoh masa yang lama serta memenatkan. Setibanya di Lapangan Terbang Kota Bharu, anda boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa Kota Bharu Airport dengan harga yang berpatutan.

Kereta Sewa Kota Bharu. Dijamin Harga Terbaik

Kereta Sewa Kota Bharu Murah dan Mudah

Syarikat Go Rocket Travel & Tours menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara harian, mingguan dan juga bulanan untuk rakyat tempatan ataupun dari luar negara di seluruh Malaysia samada individu mahupun atas urusan korporat.

Kereta Sewa Yang Disediakan

Pelanggan boleh memilih model kenderaan untuk di sewa, antara pilihan model kereta/kenderaan yang disediakan oleh Go Rocket Travel & Tours adalah :

  1. Perodua Viva
  2. Perodua Axia
  3. Perodua Axia SE
  4. Perodua Myvi
  5. Perodua Myvi X
  6. Perodua Myvi SE
  7. Perodua Bezza
  8. Perodua Alza
  9. Proton Saga FLX
  10. Proton Exora CFE Bold
  11. Nissan Almera
  12. Toyota Hiace
  13. Toyota Vellfire Standard
  14. Toyota Vellfire Full Specs
  15. Hyundai Starex
  16. Nissan Urvan
  17. Ford Spectron
  18. Volkswagen Golf
  19. Toyota Vios

Kenapa Perlu Memilih Go Rocket Travel & Tours Untuk Kereta Sewa Kelantan ?

Rata-rata pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa Go Rocket Travel & Tours sangat berpuas hati dengan kereta sewa yang disewa kerana keadaan kereta yang bersih, selesa, prestasi kereta yang bagus dan perkhidmatan yang terbaik.

AIRPORT TRANSFER – Salah satu perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh Go Rocket Travel & Tours adalah perkhidmatan Airport Transfer untuk pelanggan dari Lapangan Terbang Kota Bharu (KBR), stesen bas, stesen kereta api dan hotel sekitar Kota Bharu. Ini bagi memudahkan urusan percutian pelanggan dan menikmati percutian di Kelantan dengan lebih seronok.

CHAUFFEUR SERVICE – Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Perhentian, Go Rocket Travel & Tours menyediakan perkhidmatan ‘pick-up’ dari Kota Bharu Airport ke Jeti Besut.

TOUR PACKAGE – Perkhidmatan ekslusif dengan pemandu ke destinasi yang terpilih.

HARGA YANG BERPATUTAN – Go Rocket Travel & Tours menawarkan perkhidmatan kereta sewa, van sewa dengan kadar harga yang berpatutan berdasarkan jenis sewaan yang dipilih iaitu harian,mingguan dan bulanan.

PENGHANTARAN – Pekerja Go Rocket Travel & Tours memberikan perkhidmatan yang terbaik dan boleh menghantar kereta sewa terus ke destinasi yang di ingini oleh pelanggan. Jadi, tidak perlu bersusah payah untuk mencari. Hanya perlu hubungi pihak Go Rocket Travel & Tours untuk buat tempahan awal sebelum bercuti.

BERSIH – Go Rocket Travel & Tours menyediakan kereta sewa yang bersih dan wangi sebelum di serahkan kepada pelanggan untuk keselesaan pelanggan sepanjang bercuti menggunakan kenderaan tersebut.
KENDERAAN BARU & GEAR AUTOMATIK – Kenderaan yang disediakan oleh Syarikat Go Rocket Travel & Tours adalah kenderaan yang baru dan gear automatic.

MANTAP – Sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan, Go Rocket Travel & Tours akan memastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya tidak timbul masalah kerosakan sepanjang pemanduan.

SELESA – Go Rocket Travel & Tours mengutamakan keselesaan pelanggan sepanjang berurusan dengan mereka. Oleh sebab itu, mereka telah dilatih untuk memberi layanan yang mesra kepada pelanggan supaya pelanggan tidak akan berasa kekok ketika berurusan dengan Go Rocket Travel & Tours.

PELBAGAI JENIS PILIHAN KENDERAAN – Terdapat pelbagai model kereta disediakan oleh Go Rocket Travel & Tours untuk pilihan para pelanggan mengikut bajet masing-masing.

KHIDMAT PELANGGAN 24/7 –Go Rocket Travel & Tours 24 jam menyediakan perkhidmatan selama 24 jam. Jika sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa tempoh penyewaan, boleh hubungi call center di talian +6016-7508833.

KUPON DISKAUN – KUPON DISKAUN hebat di berikan khas untuk pelanggan setia Go Rocket Travel & Tours bagi sewaan berikutnya di Kelantan.

Sewa-Van-Hiace-Kelantan

Kadar Sewaan Kereta Sewa Kota Bharu Termurah

Bajet adalah perkara utama yang perlu di ambil kira oleh mereka yang ingin bercuti. Anda tidak perlu rasa bimbang untuk mendapatkan perkhidmatan Go Rocket Travel & Tours kerana dengan serendah RM50, anda mampu menyewa kereta dan menikmati percutian anda di Kota Bharu dengan selesa, selamat dan lancar.
Jadi, bajet selebihnya boleh di gunakan untuk membeli belah di Kota Bharu dan juga menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang sedap-sedap sebelum pulang daripada bercuti.

Jom Tempah Kereta Sewa SEKARANG !


Jika anda ingin bercuti di Kota Bharu Kelantan tidak perlu runsing untuk mendapatkan kereta sewa daripada airport. Buatlah tempahan segera supaya dapat memudahkan perjalanan cuti anda. Hubungi Go Rocket untuk tempahan kereta sewa anda untuk lebih selesa berkunjung ke Kelantan.
Untuk pengetahuan anda, Pejabat Urusan Go Rocket Travel & Tours terletak di Machang, Kelantan berhadapan Pasar Besar Machang, bersebelahan stesen bas SKMK, atas stesen teksi dan kereta sewa.

Lokasi:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Hotline: 016-7508833

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan kereta sewa Kota Bharu Airport yang di tawarkan oleh Syarikat Go Rocket Travel & Tours, anda boleh layari laman web www.keretasewakb.com atau laman web www.kembarakhalifah.my

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota BharuLot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ) Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang
Kelantan,

Tel: 016 7508833

Recent Posts

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit

Scroll to Top
Open chat
Hai, adakah anda mencari kereta sewa?
Powered by