Kereta Sewa Myvi Pandu Sendiri di Kelantan

Kereta Sewa Kota Bharu-Uitm

Kereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan-Myvi

Perodua Myvi merupakan sebuah kereta yang amat praktikal dan merupakan salah model hangat di Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan.  Ianya merupakan kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta terkenal Malaysia Perodua. Sangat popular dikalangan orang muda di Malaysia bahkan “popular” di kalangan seluruh peringkat umur di Malaysia.

Kereta Sewa Myvi Pilihan No. 1 Rakyat Malaysia.

Sebelum kemunculan Axia di pasaran Malaysia, Perodua Myvi memegang takhta sebagai kereta paling popular selama 10 tahun berturut-turut bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan popular di Kalangan Pengusaha Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan. Kalau tak percaya, nanti masa memandu boleh jenguk keluar tingkap dan bilang berapa banyak Myvi kat atas jalanraya.

Kereta-Sewa-Perodua-Myvi-15

Tergolong dalam segment B, Myvi merupakan kereta jenis Kompak dengan kapasiti empat tempat duduk dan lima pintu Perodua Myvi merupakan kereta yang agak praktikal untuk perjalanan dekat dan jauh. Terkenal dengan kelajuannya melalui kisah MYVI Kuning di media sosial, perodua myvi adalah kereta yang telah melalui banyak perubahan dari segi transformasi dari segi “kosmetik” luaran dan juga penambahbaikan enjin dari cc 1.0, cc 1.3 dan juga cc 1.5.

Model-Model Myvi

  • Generasi Pertama
    • Enjin 1.0
    • Enjin 1.3 (SE)
  • Generasi Kedua (Lagi Best)
    • Enjin 1.3
    • Enjin 1.5 (SE)
  • 2015 dan Keatas (Myvi Icon)
    • Enjin 1.3
    • enjin 1.3 Model X
    • Enjin 1.5 (SE)
    • Enjin 1.5 (Extreme)

Kereta-Sewa-Kota-Bharu-Myvi-Standard

Ura-ura Model Generasi Ketiga Bakal Dikeluarkan Pada Tahun 2017

Terdapat ura-ura Perodua Malaysia bakal mengeluarkan model terbaru bulan November 2017. Menguatkan lagi kesahihan Perodua Myvi baru melalui Perbualan dengan beberapa orang salesman perodua sebelum ini, Dikhabarkan hanya varian 1.5 sahaja yang akan dikeluarkan perodua dan rekabentuk akan sepenuhnya berubah.

Kereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan-Myvi-Baru-2017

Model Pilihan Pelanggan Untuk Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan

Selain banyak pilhan untuk pelanggan, Kereta Sewa Pandu Sendiri kelantan juga ada menawarkan khidmat sewaan bagi model Perodua Myvi. Terdapat beberapa jenis model Perodua Myvi untuk pilhan pelanggan yang menyewa dengan Kereta Sewa Kelantan. Antara model yang paling popular adalah Perodua Myvi SE 1.5 dan Perodua Myvi Standard 1.3.

Kereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan-Tempat-duduk-MyviKereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan-Tempat-duduk-Myvi

Terdapat dua jenis model Perodua Myvi SE 1.5 yang ditawarkan di Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan. Model yang ditawarkan adalah model Perodua Myvi 1.5 Icon dan juga Myvi 1.5 Lagi best. Rata-rata pelanggan kami gemar memilih Perodua Myvi SE 1.5 kerana kelebihan dari segi kuasa enjinnya yang mantap. Kadar sewaan untuk Perodua Myvi SE adalah bermula dari RM 150 untuk sewaan sehari.

Kereta-Sewa-Kelantan-Myvi-dashboard

Bagi yang lebih mementingkan rupa luaran yang garang hampir menyerupai model Myvi SE boleh memilih untuk menyewa Perodua MYVI Premium X. Ianya dikelaskan dalam kategori “Special Edittion” 1.3. Rekabentuk dalaman adalah menyerupai Perodua Myvi 1.5 SE. Rupabentuk dashboard dan steering adalah saling tak tumpah seperti Myvi 1.5 SE. Harga sewaan adalah lebih murah berbanding Myvi 1.5 SE iaitu bermula dari RM 130 untuk sewaan sehari.

Bagi yang mencari Kereta Sewa Pandu Sendiri di Kelantan dengan bajet terhad tetapi mementingkan keselesaan dan prestasi pemanduan, disyorkan untuk menyewa Perodua Myvi 1.3. Ianya model standard dan paling penting ianya menjimatkan minyak. Harga sewaannya juga adalah agak murah iaitu RM 130 sehari, Rm 700 seminggu dan Rm 2000 untuk sebulan.

Kereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan

Selain Kereta Sewa Myvi, Ada Kereta Lain?

Selain model Perodua Myvi yang amat popular, kami juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di kelantan untuk model-model lain. Antara model yang ditawarkan adalah :

  • PERODUA VIVA
  • PERODUA AXIA
  • PERODUA MYVI
  • PERODUA ALZA
  • PERODUA BEZZA
  • TOYOTA AVANZA
  • PROTON EZORA
  • PROTON SAGA
  • NISSAN URVAN
  • TOYOTA HIACE
  • VOLKSWAGEN GOLF
  • TOYOTA ALPHARD
  • TOYOTA ESTIMA
  • TOYOTA VELLFIRE

Kereta-Sewa-Kota-Bharu

Cara Untuk Tempahan Kereta Sewa Di Kelantan

Perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di Kelantan ini merupakan syarikat pengusaha kereta sewa, MPV Sewa dan Van Sewa di Kelantan yang bernaung dibawah pengurusan GO Rocket Travel And Tours Sdn Bhd yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. No pendaftaran lesen pelancongan KPK/LN4615. Pejabat pengurusan adalah di Machang, tetapi beroperasi di seluruh Kelantan dengan khidmat penghantaran juga disediakan.

LOGO-Go-Rocket-Travel-and-Tours

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

Lot 303 Kg Pasir Pekan,

Wakaf Bharu,

16250, Tumpat  Kelantan.

Tel: 016 7508833

website : www.kembarakhalifah.my

blog : www.keretasewakb.com 

Direct WhatsApp : http://keretasewamachang.wasap.my/ 

 

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota Bharu                    Lot 103 Jalan Masjid Baung Bayam,  15200 Kota Bharu, Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts