Kereta Sewa Pasir Puteh

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Anda mencari kereta sewa Pasir Puteh di Kelantan? Tahniah! anda sudah berada di website yang betul.

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan dan ia merupakan bandar terbesar dalam jajahan ini. Mempunyai keluasan sebanyak 167.5 batu persegi, Pasir Puteh ini terkenal dengan perusahaan kraftangan seperti kraftangan dari perak, buluh daunt al, besu, seramik, tembaga dan banyak lagi. Pada tahun 2017, Pasir Puteh ini bertukar status kepada perbandaran penuh dan dinamakan sebagai Majlis Perbandaran Pasir Puteh. Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Namanya di ambil sempena lawatan Sultan Muhammad ke 4 pada tahun 1911, Baginda sangat kagum dengan kepputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai di situ, dengan itu baginda menamakan kawasan itu sebagai Pasir Puteh.

Banyak Tempat Menarik di Pasir Puteh Kelantan

Sudah semestinya setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, begitu jugalah dengan Pasir Puteh ini kerana di sini anda berpeluang untuk melawat tempat – tempat menarik seperti Pantai Bisikan Bayu, Air terjun Jeram Pasu, Pasaraya Econjaya Pasir Puteh dan sebagainya. Banyak kemudahan yang terdapat di bandar Pasir Puteh ini antaranya ialah kemudahan pasaraya, balai polis dan sekolah. Pasir Puteh ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu destinasi untuk bercuti kerana banyak homestay dan chalet yang disediakan di sini.

Kereta Sewa Di Kelantan

Bagi pelancong yang ingin datang ke Kelantan tetapi tidak mahu memandu dalam perjalanan jauh dan anda juga tidak mahu berada dalam kesesakan jalan raya, anda boleh menggunakan alternatif  lain iaitu dengan menaiki kapal terbang untuk ke sini. Setelah sampai di lapangan terbang Kelantan, anda boleh membuat pilihan samada ingin menggunakan kenderaan awam atau anda ingin menyewa kereta di kawasan sini.

Saya yakin dan pasti anda pastinya ingin memilih pandu sendiri iaitu dengan menyewa kereta dari syarikat sewa kereta di Kelantan ini, kerana jika anda menaiki kenderaan awam anda akan menghabiskan masa anda begitu sahaja dan pastinya anda inginkan privasi dalam percutian bersama keluarga tercinta. Jadi sebelum anda melancong, anda perlulah merancang dengan baik perjalanan percutian anda iaitu dengan mencari senarai syarikat sewa kereta yang terdapat di negeri ini. Pastikan anda memilih syarikat yang benar – benar menguntungkan anda dan keluarga. Salah satu syarikat yang popular di sini ialah syarikat Go Rocket Travel & Tours. Syarikat ini merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik di seluruh daerah Kelantan ini.

Kereta Sewa Pasir Puteh – Kelantan

Kereta Sewa Pasir Puteh Kelantan merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri yang bertapak di Machang, Kelantan. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis model kereta yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda sekeluarga. Saya faham kadang – kadang kita inginkan harga yang murah untuk mengurangkan bajet percutian kita, jadi kita akan mencari syarikat – syarikat yang menawarkan harga yang murah dan mampu milik, tetapi tahukah anda tidak semua syarikat akan memberi kenderaan yang bersih dan selamat pada kita. Jadi pastikan anda membuat pilihan yang tepat sebelum memilih kereta sewa dari syarikat kereta sewa. Anda jangan risau kerana syarikat Go Rocket Travel ini pastinya akan membuatkan anda sekeluarga sangat berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan di samping memberi harga yang murah dan berpatutan untuk para pelanggannya.

Khidmat Penghantaran ke Seluruh Kelantan

Syarikat Kereta Sewa Pasir Puteh ini juga akan membuat penghantaran ke lokasi pelanggannya berada, so memang ohsemlah perkhidmatan yang ditawarkan kerana anda tidak perlu membuka aplikasi maps di phone untuk mencari lokasi syarikat ini berada dan yang paling penting anda dapat menjimatkan masa anda untuk melawat seluruh kawasan Pasir Puteh ini. Pekerja – pekerja syarikat ini juga dilatih untuk sentiasa ramah dengan pelanggan bagi memudahkan urusan penyewaan dan pelanggan akan lebih menyanjungi kesopanan para pekerja yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka sewaktu berurusan dengan pelanggan. Customer always right merupakan ungkapan yang mereka semat di dada mereka apabila berhadapan dengan para pelanggan. Memang berbaloilah jika anda menjadikan syarikat ini sebagai pengkhidmat kereta sewa anda di kawasan Pasir Puteh ini. Selain itu, banyak lagi kelebihan yang anda akan peroleh apabila menjadikan syarikat ini sebagai pilihan utama anda.

Kereta Baru, Bersih dan Mantap

Anda juga akan dapat menikmati pemanduan yang menyeronokkan kerana setiap kereta akan dibersihkan dengan sebaik mungkin sebelum di berikan pada penyewa kerana bagi mereka kebersihan merupakan perkara terpenting untuk menambat hati para pelanggannya. Mereka juga akan sentiasa menyelenggara kereta mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku sebarang permasalahan sewaktu anda menggunakannya. Setiap bahagian kereta akan dilihat bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan yang terbaik. Bagi anda yang masih ragu – ragu atau kurang berkeyakinan dengan syarikat kereta sewa ini, anda boleh melihat banyak bukti yang menunjukkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat adalah sangat bagus dan sempurna, anda boleh melihat sendiri testimoni dari pelanggan yang telah menyewa kenderaan dari syarikat ini di laman website mereka sendiri. Dibawah adalah beberapa contoh testimoni dari pelanggan syarikat ini. Kesemua mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan malahan ada juga pelanggan yang menjadi regular customer syarikat ini kerana bagi mereka kereta yang disewa perlulah berada dalam keadaan baik dan yang paling utama adalah selamat digunakan.

Jenis Kereta Dan Harga Kereta Sewa Pasir Puteh Kelantan

Terdapat pelbagai jenis model kereta yang boleh anda pilih mengikut keselesaan anda dan tujuan penyewaan kereta. Bagi yang datang bersama keluarga pastinya anda inginkan kereta yang lebih besar sedikit untuk menjamin keselesaan anda sekeluarga, tetapi ada juga yang datang secara individu untuk tujuan menziarahi sanak – saudara atau ada urusan kerja di negeri Kelantan ini dan mereka selalunya akan memilih kenderaan yang bersaiz kecil sedikit dan yang penting dapat sampai ke destinasi yang dituju. Anda boleh melihat sendiri jadual bayaran dan jenis model kereta yang ditawarkan buat para pelanggan di website rasmi syarikat ini. Di bawah ini disenaraikan model kereta dan harga mengikut hari, mingguan dan bulanann. Jadi anda tetapkan kereta yang anda inginkan untuk pemanduan anda di kawasan Pasir Puteh ini.

Model Kereta Kelas Harian
(RM)
Minggu
(RM)
Bulan
(RM)
 Produa Viva (A) A 110 600 1500
 Volkswagen Golf TSI (A) C 350 2500 5000
 Produa Axia (A) A 120 650 1800
 Produa Axia SE (A) A 130 700 1900
 Proton Saga FLX (A) A 140 700 1900
 Produa Myvi (A) A 130 700 1900
 Produa Myvi X (A) A 140 750 1980
 Produa Myvi SE 1.5 (A) A 150 800 2000
 Produa Bezza Advance (A) A 150 800 2000
 Produa Alza (A) B 180 1100 2500
 Nissan Almera (A) B 200 1100 2700
 Hyundai Starex Royale (A) C 550 2800 7000
 Toyota Vellfire (A) – Standard C 600 3000 8000
 Toyota Vellfire (A)
Full Specs (Pilot seat, electric seat, sunroof and moonroof)
C 700 3500 9000
 Exora CFE Bold (A) B 250 1300 3000
 Ford Spectron (A) B 180 1100 2500
 Nissan Urvan (M) B 350 2500 5000
 Toyota Hiace (M) B 350 2500 5000

Jika anda berminat untuk menjadikan syarikat Go Rocket Travel & Tours ini sebagai pilihan utama anda dalam membuat penyewaan kereta, anda boleh menempah kereta sewa dari mereka dengan menyediakan dokumen – dokumen penting seperti salinan IC penyewa, salinan lessen penyewa, salinan bil utility dan salinan kad matrik bagi pelajar.

Dapatkan Kereta Sewa Murah di Pasir Puteh Sekarang !

Sekiranya anda ingin mencari lebih maklumat tentang syarikat Kereta Sewa Pasir Puteh ini anda bolehlah melawat website mereka iaitu www.keretasewakb.com  atau www.keretasewamachang.comdan menghubungi mereka di talian 016 7508833. Anda juga boleh ke alamat Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd PT695 Jalan Bakti, Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang, 18500 Machang Kelantan untuk berurusan secara face to face dengan pekerja di sana. Buatlah pilihan yang tepat dan terbaik untuk membolehkan anda serta keluarga menikmati percutian yang dirancang secara sempurna dan menyeluruh.

LOGO-Go-Rocket-Travel-and-Tours

Alamat Penuh:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan juga menempah dengan menghubungi mereka seperti berikut;

No. Telefon: +60167508833

Laman Web:

http://www.keretasewakb.com

http://www.keretasewamachang.com

http://www.kembarakhalifah.my

admin

admin

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota BharuLot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ) Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts

Scroll to Top