Mencari MPV Sewa Kota Bharu? Anda sudah lama mahu membawa keluarga anda yang besar ataupun rakan – rakan anda bersama ketika anda bercuti ke Kelantan dengan menaiki MPV Sewa Kota Bharu agar mereka tidak perlu berpenat – lelah ketika bercuti bersama anda. Multi – purpose Vehicle atau lebih dikenali dengan nama singakatannya MPV adalah kereta mewah dan besar yang mampu memberikan tempat duduk sehingga 11 orang pada satu – satu masa di dalam satu kenderaan sahaja.
MPV Sewa Kota Bharu mampu memberikan pengalaman yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang menggunakannya. Hal ini kerana, reka bentuk MPV yang menarik serta tempat duduk yang luas membolehkan penggunanya berasa selesa ketika berada di dalam sesebuah MPV. Ia juga membolehkan anda mendapatkan pemanduan yang lancar dengan prestasi MPV Sewa Kota Bharu yang sangat menakjubkan.
Sekiranya anda memilih untuk bercuti di Kelantan dengan menggunakan MPV Sewa Kota Bharu, anda telah membuat keputusan yang sangat bijak. Ia merupakan negeri yang amat cantik dan makanan – makanannya yang unik serta membeli – belah akan membuatkan anda akan berminat untuk mengunjungi negeri yang digelar Serambi Mekah ini. Anda perlu menggunakan MPV Sewa Kota Bharu jika anda membawa keluarga yang besar, tak cukup tangan nanti! Anda juga pasti tertanya – tanya tempat menarik yang anda boleh lawati di Kelantan, jadi saya kongsikan sedikit tempat – tempat yang anda boleh kunjungi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Tempat – tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati Ketika Berada Di Kelantan
#1. Pantai Cahaya Bulan
Sesiapa yang ingin mengurangkan tekanan dan juga menikmati ketenangan alam semulajadi, anda boleh kunjungi Pantai Cahaya Bulan. Pemandangan pantai ini pasti dapat membolehkan anda menjadi lebih tenang dan anda juga boleh menikmati makanan – makanan yang enak serta asli yang dijual di situ. Pantai ini amat popular di kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan kerana pemandangannya yang indah dan menarik.
#2. Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah merupakan tempat yang boleh anda kunjungi sekiranya anda gemar membeli – belah. Kelantan adalah negeri yang sangat unik di mana anda tidak perlu ke pusat membeli – belah untuk memborong makanan – makanan dan juga pakaian yang menarik. Pasar Siti Khadijah ada semuanya dan anda tidak perlu pergi ke tempat lain sekiranya anda mahu membeli sesuatu yang anda ingini.
#3. Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh merupakan tempat yang boleh dikira sebagai tempat yang istimewa kerana ia mempunyai dua fungsi yang berbeza. Pada waktu siang, Wakaf Che Yeh merupakan pasar borong dimana anda dapat membeli makanan basah ataupun barangan keperluan harian anda manakala pada maktu malam pula, Wakaf Che Yeh merupakan pasar malam di mana anda boleh membeli – belah seperti tuala, jersi, blaus dan juga kasut.
#4. Muzium Negeri Kelantan
Bagi peminat – peminat sejarah, Muzium Negeri Kelantan adalah tempat yang perlu anda lawati kerana ia menawarkan sejarah negeri Kelantan dari zaman dahulukala sehingga zaman moden. Jadi, anda boleh melihat pelbagai pameran yang berkaitan dengan budaya Kelantan seperti wayang kulit dan juga makyong.
Anda pasti mahu melawat tempat – tempat menarik ini bersama keluarga anda ataupun rakan –rakan anda kan? Sekiranya anda mahu perjalanan yang selesa dan juga lancar, anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa MPV yang disediakan oleh Go Rocket @ Kereta Sewa Kelantan.
MPV Sewa Kota Bharu Yang Baru, Bersih dan Murah
Go Rocket Travel and Tours @ Kereta Sewa Kelantan menawarkan servis menyewa MPV sewa Kota Bharu dengan harga yang bermula dari RM 180/ hari. Mereka dapat menawarkan perkhidmatan mereka di seluruh kawasan Kelantan seperti Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu,Kubang Kerian, Pasir Mas, Jerteh, Besut, Bachok, Pulai Chondong, Kok Lanas, Ketereh, Melor, Pengkalan Chepa dan Lundang.
Kereta Sewa Kelantan menawarkan kereta MPV Sewa Kota Bharu yang baru, selesa dan juga prestasi yang hebat. Anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki MPV Sewa Kota Bharu yang disewakan oleh Kereta Sewa Kelantan dan bandingkan ia dengan kereta sewa yang anda pernah naiki sebelum ini. Setiap kereta sewa yang diberikan kepada pelanggan akan dicuci terlebih dahulu sebelum pelanggan yang lain menggunakan kereta tersebut. Jadi,MPV Sewa Kota Bharu yang anda sewa pasti mempunyai bau yang wangi serta bersih tanpa sebarang habuk.
Apa Yang Istimewa Tentang MPV Sewa Kota Bharu?
Sekiranya anda masih tertanya – tanya tentang kenapa anda perlu memilih Kereta Sewa Kelantan sebagai penyewa anda, anda boleh membaca sebab – sebabnya di bawah;
1 – Pelbagai Jenis MPV Sewa Kota Bharu
MPV yang ditawarkan mempunyai pelbagai jenis yang anda sendiri boleh pilih mengikut keselesaan anda untuk memandu dan keselesaan keluarga anda. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan MPV, mereka juga menawarkan Van yang anda boleh gunakan. Antara jenis MPV yang anda boleh gunakan ialah Toyota Vellfire, Hyundai Starex serta Exora CFE Bold.
2 – Penghantaran
Ini adalah antara sebab utama kenapa anda perlu memilih Kereta Sewa Kelantan. Anda tidak perlu memikirkan tempat mereka bertapak kerana anda hanya perlu menghantar lokasi anda setelah anda berada di Kelantan dan mereka akan menghantar sendiri MPV pilihan anda ke tempat yang anda berikan.
3 – Perkhidmatan Pelanggan
Anda boleh menghubungi mereka 24/7 kerana mereka akan bersedia membantu anda sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika anda menggunakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menghubungi +6016-7508833. Perkhidmatan tunda kereta juga disediakan 24 jam.
4 – Prestasi Kereta yang Mantap
MPV yang diberikan kepada anda adalah MPV yang sudah diservis dan dipastikan prestasinya mantap ketika anda menggunakannya. Setiap MPV akan diperiksa ketika pelanggan mengembalikannya agar pelanggan yang seterusnya dapat menggunakan MPV tersebut dengan lancar. Jadi, anda tidak perlu risau ia rosak di tengah jalan dan anda boleh menikmati percutian anda dengan keluarga dengan tenang.
5 – Kupon Diskaun
Sekiranya anda adalah pelanggan yang setia dan sering menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa Kelantan, anda boleh mendapatkan kupon diskaun yang khas dari team Kereta Sewa Kelantan. Anda boleh menggunakan kupon diskaun yang diberikan ketika anda menggunakan perkhidmatan mereka yang seterusnya.
Harga Penuh Untuk Perkhidmatan MPV Sewa Kota Bharu Go Rocket @ Kereta Sewa Kelantan
Mereka juga menawarkan perkhidmatan MPV sewa Kota Bharu secara harian, mingguan dan bulanan. Jadi, anda boleh memilih selama mana anda mahu menggunakan perkhidmatan mereka dan anda boleh menggunakan perkhidmatan pelanggan mereka selagi anda menyewa MPV dari team Kereta Sewa Kelantan.
Di bawah adalah senarai penuh harga dan jenis MPV dan Van yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan;
Model Kereta | Kelas | Harian (RM) |
Minggu (RM) |
Bulan (RM) |
Produa Alza (A) | B | 180 | 1100 | 2500 |
Nissan Almera (A) | B | 200 | 1100 | 2700 |
Hyundai Starex Royale (A) | C | 600 | 3600 | 7000 |
Toyota Vellfire (A) | C | 800 | 4500 | 9000 |
Exora CFE Bold (A) | B | 250 | 1300 | 3000 |
Ford Spectron (A) | B | 180 | 1100 | 2500 |
Nissan Urvan (M) | B | 350 | 2500 | 5000 |
Toyota Hiace (M) | B | 350 | 2500 | 5000 |
Sekiranya anda mahu menempah MPV dan juga Van ini, anda boleh membawa dokumen – dokumen yang diperlukan oleh mereka.
- Salinan IC penyewa
- Salinan lesen penyewa
- Salinan bil utiliti (bil elektrik, bil ASTRO, dan sebagainya)
- Salinan kad matrik (untuk pelajar sahaja)
Tempah MPV Sewa Kota Bharu Pilihan Anda Sekarang!
Anda boleh datang sendiri ke pejabat mereka yang bertapak di Machang, Kelantan, di hadapan Pasar Besar Machang, atas stesen teksi dan kereta sewa, bersebelahan stesen bas SKMK.
Alamat Penuh:
Go Rocket Travel and Tours sdn bhd
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang. Kelantan
Anda juga boleh menempah dengan menghubungi mereka seperti berikut;
Telefon: +60167508833
Laman Web: http://www.kembarakhalifah.my/