Perkhidmatan Kereta Sewa Mewah di Kelantan

Kereta Sewa Mewah di Kelantan

Kelantan adalah negeri yang berada di kawasan pantai timur dan ibu negerinya adalah Kota Bharu. Ia merupakan negeri yang istimewa kerana ianya mempunyai pelbagai tempat – tempat menarik yang boleh anda terokai serta makanan – makanan yang unik yang boleh anda rasai. Kelantan adalah negeri yang sangat aman dan makmur dan ianya tidak akan mengecewakan anda sekiranya anda memilih Kelantan sebagai tempat percutian anda yang seterusnya. Tempat yang boleh anda lawati termasuklah tasik Temenggor, Taman Negara dan juga Istana Jahar. Kelantan juga terkenal dengan makanannya yang asli dan unik seperti nasi ulam, nasi kerabu, milo tunggeng dan juga roti tempayan. Kebanyakan makanan yang berasal dari Kelantan boleh di jumpai di merata tempat tetapi anda hanya boleh merasai makanan yang asli dan lebih enak hanya di Kelantan.Dalam merasai pelbagai makanan yang enak dan melawati tempat – tempat yang indah dipandang, anda juga ingin merasai pengalaman menaiki kereta mewah dan memandu kereta mewah tanpa perlu bersusah – payah membeli sendiri kereta tersebut ataupun membazir minyak kereta anda untuk membawa kereta sendiri dari jauh semata – mata untuk berada di Kelantan dalam tempoh masa yang singkat. Selain dari bercuti, anda juga mungkin akan berada di Kelantan untuk urusan pekerjaan. Jadi, anda mahu kelihatan hebat ketika anda bertemu klien anda dengan memandu kereta mewah agar anda dapat memberikan imej yang baik untuk syarikat dan diri anda sendiri. Kereta Sewa Mewah di Kelantan http://www.keretasewakb.com/ dapat memberikan anda perkhidmatan kereta sewa mewah di Kelantan sekiranya anda berada di sekitar Kelantan untuk bercuti ataupun urusan kerja.

Nasi-Ulan-Cikgu-Kelantan

Kereta Sewa Kota Bharu Murah dan Mudah

Kereta Sewa Mewah di Kelantan

Kenderaan mewah merupakan kenderaan yang dapat memberikan anda keselesaan dan kenderaan mewah juga dicipta menggunakan tekologi yang lebih tinggi dan moden supaya ianya mempunyai prestasi yang lebih tinggi, berkualiti dan juga reka bentuk yang menarik. Kereta Sewa Kelantan menawarkan pelbagai kereta mewah seperti MPV mewah dan juga Luxury yang anda dapat sewa ketika anda berada di sekitar Kelantan.

Kereta mewah yang disediakan oleh Kereta Sewa Kelantan ini bukan sahaja disewakan dengan harga yang berpatutan, mereka juga akan memberikan diskaun dan penghantaran percuma kepada yang menyewa lebih dari sehari. Kereta sewa juga dijaga dengan rapi oleh mereka kerana setiap kereta yang disewakan kepada pelanggan akan dicuci terlebih dahulu supaya ianya bersih, wangi dan juga selesa. Karpet yang berada di dalam kereta mewah tersebut juga adalah sangat tebal dan selesa untuk digunakan. Kereta akan dicuci setiap kali selepas disewakan kepada satu pelanggan agar pelanggan yang lain akan menerima kereta di dalam keadaan yang bersih, wangi dan sempurna supaya perjalanan anda tidak terganggu dengan keadaan kereta yang busuk.

Kereta-Sewa-Mewah-di-Kelantan-Toyota-Vellfire

Anda perlu memilih Kereta Sewa Kelantan kerana setiap kereta akan diservis terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pelanggan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kereta yang bakal anda gunakan pasti dapat memberikan prestasi yang cemerlang dan juga perjalanan yang lancar supaya percutian ataupun urusan anda tidak terganggu dan masa anda juga dapat digunakan dengan lebih baik.

Kereta-Sewa-mewah-di-Kelantan

Perhidmatan pelanggan selama 24 jam dan tujuh hari seminggu

Namun, sekiranya masalah masih terjadi ketika anda menggunakan kereta mewah di Kelantan, anda tidak perlu risau kerana mereka akan memberikan perhidmatan pelanggan selama 24 jam dan tujuh hari seminggu dan anda hanya perlu mendail nombor +6 016 750 8833 untuk mendapatkan khidmat pelanggan mereka dan perkhidmatan tunda kereta juga dapat diberikan di mana – mana sahaja anda berada. . Sekiranya anda mengalami masalah penggunaan kereta, kereta itu akan ditukar dengan kereta yang baru supaya anda tidak perlu menunggu kereta yang anda sewa itu diperbaiki. Anda juga tidak perlu risau kerana perkhidmatan yang disediakan oleh mereka amat mesra pelanggan dan mereka telah dilatih dengan baik untuk melayan anda dengan senyuman yang ikhlas ketika mereka menjalankan servis untuk kereta sewa. Mereka juga akan mematuhi kehendak anda agar anda tidak perlu bersusah – payah ketika anda menyewa kereta dengan Kereta Sewa Kelantan.

Kereta-Sewa-MPV-Mewah-di-Kelantan-Hyundai-Starex

Toyota Vellfire merupakan sejenis Multi – purpose Vehicle (MPV ) mewah yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan dan ia mempunyai dua jenis, iaitu standard dan juga full specs. Toyota Vellfire full specs dilengkapi dengan pilot seat, electric seat, sunroof dan juga moonroof. Rekabentuk Velfire adalah sporty dan mempunyai lampu hadapan LED automatik. Ia mempunyai rekaan dalaman untuk tempat duduk dengan formasi 2 – 2 – 3 dan ianya boleh diduduki sebanyak 7 orang penumpang. Jadi, ianya sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar.

Kereta-Sewa-Mewah-Kota-Bharu

Hyundai Starex juga merupakan kereta Luxury yang boleh anda dapatkan di Kereta Sewa Kelantan. Ia mempunyai 11 tempat duduk dan sesuai untuk anda membawa keluarga anda bercuti bersama anda. Hyundai Starex menyediakan tahap ergonomik yang tinggi supaya anda dapat merasai pemanduan yang sangat lancar seolah – olah anda sedang menaiki sebuah kereta sedan. Ruang dalamannya juga sangat luas dan boleh memberikan keselesaan kepada semua orang.

Khidmat Penghantaran Kereta Sewa Mewah di Kelantan

Selain itu, Kereta Sewa Kelantan menawarkan van mewah Toyota Hiace untuk anda dan sekeluarga. Ia mempunyai 10 tempat duduk dan mempunyai kawalan fungsi penghawa dingin 3 – dial supaya penumpang dapat merasai keselesaan di mana – mana sahaja tempat yang dipilih.

Sewa Kereta Kelantan Kota Bharu Airport

Sekiranya anda berada di Kelantan atas urusan pekerjaan, anda  boleh memilih kereta Luxury Volkswagen Golf. Kereta ini mempunyai enjin TSI dan dilengkapi dengan penggunaan Volkswagen BlueMotion untuk mencapai penjimatanyang lebih tinggi. Pilihan yang sangat sesuai sekiranya anda ingin merasai sendiri penggunaan kereta jenis Volkswagen dengan teknologi yang disediakan di dalam kereta ini.

Volkswagen-Golf-TSI

Senarai penuh kereta mewah yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan boleh dilihat di bawah;

Model Kereta Kelas Harian
(RM)
Mingguan
(RM)
Bulanan
(RM)
 Volkswagen Golf TSI (A) C 450 3000 6500
 Hyundai Starex Royale (A) C 600 3600 7000
 Toyota Vellfire (A) C 800 4500 9000
 Toyota Hiace (M) B 350 2500 5000

Cara tempahan dan alamat pejabat Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd.

Untuk tempahan Kereta Sewa Mewah di Kelantan anda boleh menyediakan dokumen – dokumen yang diperlukan seperti di bawah;

  1. Salinan IC penyewa
  2. Salinan lesen penyewa
  3. Salinan bil utiliti (bil elektrik, bil ASTRO, dan sebagainya)
  4. Salinan kad matrik (untuk pelajar sahaja)

Setiap tempahan memerlukan deposit dan kadar pembayaran deposit adalah bergantung kepada jenis kereta dan juga tempoh penyewaan kereta. Anda boleh layari http://www.keretasewakb.com/ ataupun anda boleh menghubungi +6 016 750 8833 untuk membuat tempahan. Jadilah pengguna yang bijak dan pilih Kereta Sewa Kelantan sekiranya anda mahukan servis kereta sewa yang terbaik ketika anda berada di sini.

Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi
atau
boleh whatsapp dengan klik link dibawah
LOGO-Go-Rocket-Travel-and-Tours

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PLot 303 kg pasir pekan,wakaf bharu,

16250 Tumpat,

Kelantan.

Tel: 016 7508833

website : www.kembarakhalifah.my

blog : www.keretasewakb.com

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota Bharu                    Lot 103 Jalan Masjid Baung Bayam,  15200 Kota Bharu, Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts