Perkhidmatan Sewa Kereta Murah di Kota Bharu

Kota Bharu, Kelantan merupakan ibu negeri Kelantan dan ianya merupakan tempat yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai tempat percutian untuk anda menenangkan diri dari segala masalah yang anda alami ketika anda di dalam alam pekerjaan. Terdapat banyak tempat – tempat yang anda boleh lawati ketika anda berada di Kota Bharu seperti pusat membeli – belah, kedai makan dan pantai – pantai yang cantik dan menenangkan jiwa. Contoh tempat yang anda boleh lawati adalah pantai Cahaya Bulan, Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah dengan menggunakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah di Kota Bharu.

Anda telah merancang percutian yang telah lama anda inginkan dan destinasi yang anda pilih adalah Kota Bharu setelah anda mengetahui tentang tempat – tempat yang boleh anda lihat dan merasai sendiri pengalaman bercuti di Kota Bharu. Setelah cuti anda diluluskan, anda terus memberitahu keluarga anda tentang percutian itu kerana anda ingin membawa keluarga anda untuk bercuti sekali bersama anda. Setelah sampai ke Kelantan, anda ingin menyewa kereta agar anda bersama keluarga tidak perlu bersusah payah untuk berjalan kaki dan juga menaiki teksi dan bas untuk ke mana – mana. Anda juga ingin menjimatkan masa disebabkan anda tidak mahu mengambil masa yang lama menunggu pengangkutan awam kerana masih banyak lagi tempat yang mahu anda lawati dalam masa yang singkat.

Sewa Kereta di Kota Bharu kelantan

Perkara pertama yang anda buat ketika anda mahu menyewa kereta adalah melayari laman web untuk kereta sewa yang murah, selesa dan juga selamat untuk keluarga anda supaya anda tidak perlu bersusah payah mencari tempat menyewa kereta di Kota Bharu yang anda sendiri tidak arif dengan jalan dan tempatnya. Tetapi, kebanyakan laman web yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa mengenakan kadar sewa yang terlalu mahal dan harga yang tidak masuk akal dengan model kereta yang ditawarkan. Ada juga yang murah tetapi keadaan kereta yang anda lihat amatlah buruk dan membimbangkan dari segi keselamatan pemandu dan juga penumpang. Anda tidak perlu bersedih kerana laman web  http://www.keretasewakb.com/ menawarkan pelbagai jenis model kereta dan dijamin kebersihan, keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang. Selain itu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dari segi harian, mingguan dan bulanan serta jenis model kereta yang anda inginkan.

Kereta Sewa Kelantan merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri yang bertapak di Machang, Kelantan. Pejabat mereka berada di Machang, berhadapan dengan Pasar Machang dan bersebelahan dengan Stesen Bas SKMK. Kereta yang disewa kepada pelanggan mereka merupakan kereta yang bersih, selamat dan prestasi kereta yang hebat. Perkhidmatan yang diberikan juga meliputi seluruh kawasan Kelantan terutamanya kawan Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu,Kubang Kerian, Pasir Mas, Pulai Chondong, Kok Lanas, Ketereh, Melor, Bachok, Jerteh, Besut, Pengkalan Chepa dan Lundang.

Anda takut anda akan mengalami masalah ketika mencari tempat Kereta Sewa Kelantan? Jangan risau dan usah pening! Perkhidmatan Kereta Sewa Kelantan boleh menghantar kereta sewa yang anda inginkan terus ke tempat anda. Jadi, anda hanya perlu menghantar lokasi semasa anda kepada team Kereta Sewa Kelantan dan kereta pilihan anda akan terus dihantar kepada anda di mana saja anda berada.

Kenapa Pilih Kami?

Anda telah membuat keputusan yang bijak dengan memilih Kereta Sewa Kelantan untuk sewa kereta murah di Kota Bharu kerana perkhidmatan yang disediakan akan membuatkan anda berpuas hati kerana kereta yang anda sewa bukan sahaja akan dihantar kepada anda, tetapi setiap kereta sewa yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan akan dicuci sebelum diberikan kepada penyewa supaya kereta yang bakal dinaiki adalah bersih serta wangi. Kereta juga dicuci bukan secara berkala tetapi ia dicuci setiap kali penyewa mengembalikan kembali kereta tersebut agar penyewa kereta yang lain dapat menggunakan kenderaan tersebut dengan selesa.

Setiap kereta juga akan diservis setiap kali mileage telah mencukupi kuota supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku ketika anda menggunakan perkhidmatan mereka. Namun, mereka menyediakan khidmat pelanggan 24/7 dan juga perkhidmatan tunda kereta sekiranya masih ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Senarai Sewa Kereta di Kota Bharu

Terdapat pelbagai jenis model kereta yang anda boleh pilih, sekiranya anda ingin menggunakan kereta secara individu atau keluarga yang kecil, anda boleh memilih kereta yang ekonomi seperti Perodua Viva atau Volkswagen Golf, atau jika anda mempunyai keluarga yang besar, kereta MPV seperti Hyundai Starex atau Perodua Avanza adalah sesuai untuk anda. Di bawah adalah senarai penuh kereta yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan;

Model Kereta Kelas Harian
(RM)
Mingguan
(RM)
Bulanan
(RM)
 Produa Viva (A) A 110 600 1500
 Volkswagen Golf TSI (A) C 450 3000 6500
 Produa Axia (A) A 120 650 1800
 Produa Axia SE (A) A 130 7000 1900
 Proton Saga FLX (A) A 140 700 1900
 Produa Myvi (A) A 130 700 1900
 Produa Myvi X (A) A 140 750 1980
 Produa Myvi SE 1.5 (A) A 150 800 2000
 Produa Bezza Advance (A) A 150 800 2000
 Produa Alza (A) B 180 1100 2500
 Produa Avanza (A) B 200 1100 2700
 Hyundai Starex Royale (A) C 550 3600 7000
 Toyota Vellfire (A) C 800 4500 9000
 Exora CFE Bold (A) B 200 1300 3000
 Ford Spectron (A) B 180 1100 2500
 Nissan Urvan (M) B 350 2500 5000
 Toyota Hiace (M) B 350 2500 5000

Jom Sewa Kereta di Kota Bharu Kelantan

Berminat? Anda boleh menempah kereta sewa dari mereka dengan menyediakan dokumen – dokumen yang diperlukan iaitu;

  1. Salinan IC penyewa
  2. Salinan lesen penyewa
  3. Salinan bil utiliti (bil elektrik, bil ASTRO, dan sebagainya)
  4. Salinan kad matrik (untuk pelajar sahaja)

Setiap tempahan memerlukan deposit dan kadar pembayaran deposit adalah bergantung kepada jenis kereta dan juga tempoh penyewaan kereta. Anda boleh melayari http://www.keretasewakb.com/ ataupun anda boleh menghubungi +6 016 750 8833 untuk membuat tempahan untuk membolehkan anda serta keluarga menikmati percutian yang dirancang secara sempurna dan menyeluruh.

LOGO-Go-Rocket-Travel-and-Tours

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Tel: 016 7508833

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan kereta sewa murah dari Go Rocket, boleh juga layari laman web www.keretasewakb.com atau laman web www.roketholidays.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *