fbpx

Sewa Kereta Di Kelantan Airport

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Adakah anda mencari perkhidmatan sewa kereta di Kelantan Airport, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra? Jika jawapan anda “Ya”, maka terdapat sebuah syarikat sewa kereta ini yang memberikan perkhidmatan kereta sewa murah, memberikan perkhidmatan terbaik, jaminan kenderaan selamat dipandu, jaminan kenderaan dalam keadaan bersih dan wangi dan jaminan kepuasan pelanggan.

Tapi, sebelum itu,

Tahukah anda, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dahulunya dikenali sebagai Lapangan terbang Pengkalan Chepa dan Kelantan pasa satu ketika dulu mempunyai 4 buah lapangan terbang? 3 daripada lapangan terbang tersebut dibina oleh pihak British dan 1 dibina oleh syarikat yang menguruskan ladang di Mengkebang, Kuala Krai.

Berikut adalah nama lapangan terbang tersebut:

  1. Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
  2. Lapangan Terbang Udara Gong Kedak
  3. Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas,
  4. Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai

Sejarah Ringkas Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

Lapangan ini telah wujud sejak zaman perang dunia kedua. Lapangan terbang ini dibina bertujuan untuk perkhidmatan pernerbangan domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada ketika itu, yang dibina berhampiran banda pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.

Pada asalnya ia juga adalah pangkalan tentera RAF sebelum di pindahkan ke terminal baru pada tahun 2002. Kini ianya dipanggil Lapangan Terbang Sultan Ismail dan menjadi lapangan terbang yang utama di Kelantan.

Terminal yang siap dibina pada September 2002, berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai 3 pemakir pesawat dan 3 pemakir jejambat pesawat kepada Malaysia Airlines, Firefly dan Air Asia. Terminal ini dapat menampung 1.4 juta penumpang setahun.

Dengan jumlah peningkatan pelancong yang ramai, landasan kapal terbang dipanjangkan dari 1,981m kepada 2,400m untuk menampung pesawat Airbus A330 dan Boeing 737-800. Lapangan terbang ini menjadi nadi utama pengankutan kepada Negari Serambi Mekah ini.

Berbalik Kepada Perhidmatan Sewa Kereta Di Kelantan Airport, Go Rocket Travel & Tours adalah syarikat sewa kereta yang menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan dari pelbagai jenis, saiz dan kegunaan. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar dari atau ke airport kelantan dengan kadar harga yang berpatutan.

Syarikat yang beroperasi di seluruh Kelantan, atau dengan lebih spesifik,  Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu,Kubang Kerian, Pasir Mas, Jerteh, Besut, Bachok, Pulai Chondong, Kok Lanas, Ketereh, Melor, Pengkalan Chepa dan Lundang.

Tidak kira apa pilihan anda, Go Rocket menawarkan kenderaan pemanduan manual dan automatik untuk keselesaan pemanduan anda.

Pihak mereka bukan sahaja menyediakan perkhidmatan sewa kereta di Kelantan Airport dan menghantar kenderaan tempahan ke Airport, malah mereka juga akan menghantar kenderaan ke Jeti Pulau Perhentian, Aeon Mall dan lain-lain lokasi pilihan dan di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Apa Yang Menarik Mengenai Sewa Kereta Di Kelantan Airport, Go Rocket

Seperti yang anda sedia maklum, apabila menyewa kenderaan terus dari airport, caj yang dikenakan amat tinggi kerana syarikat-syarikat kenderaan dari airport ini adalah syarikat berjenama. Jika anda ingin menjimatkan wang, adalah dinasihatkan untuk menyewa kenderaan dari luar airport untuk mendapatkan harga yang lebih berpatutan dan murah.

Dan yang menariknya, Go Rocket Travel & Tours menawarkan perkhidmatan sewa kereta Kota Bharu dengan harga yang berpatutan, Bukan setakat itu sahaja kenderaan yang anda terima adalah kenderaan model baru, bersih dan wangi di dalam dengan kata lain, tiada bau-bau yang kurang enak yang boleh menyebabkan perjalanan anda terganggu.

Jika anda mendapat kenderaan yang tidak seperti diharapkan, anda minta untuk menukar kepada kenderaan yang lebih baik.

Jenis Kenderaan Sewa Kereta Di Kelantan Airport

Bergantung kepada penggunaan anda, anda boleh memilih pelbagai jenis kenderaan. Jika anda tiba di Kelantan Airport secara berseorangan atau berpasangan, anda boleh memilih kenderaan yang kecil seperti Axia atau Myvi. Atau jika bajet anda mengizinkan, anda boleh sahaja menyewa Volkswagen Polo untuk bergaya.

Perodua Alza lebih sesuai jika anda tiba bersama keluarga. Lebih sesuai lagi Proton Exora jika anda bawa banyak bagasi yang bersaiz besar. Maklumlah, anak-anak bukan sahaja bawa pakaian, tetapi aksesori-aksesori tambahan untuk dibawa ke halaman kampung. Jangan risau dengan minyak, kerana kedua-dua kenderaan ini amat menjimatkan.

Adapun, anda mahukan kenderaan yang lebih mewah, sesuai dengan status anda sebagai seorang jutawan kosmetik atau minyak wangi. Terdapat 2 jenis van Mewah yang boleh anda sewa, iaitu Hyundai Starex dan juga Toyota Vellfire. Alang-alang dah menyewa van mewah, apa kata dapatkan sekali perkhidmatan pemandu terlatih yang boleh memandu ke mana-mana sahaja lokasi yang diinginkan dengan penuh tertib dan keselamatan.

Bagaimana pula jika anda tiba ke Airport Kelantan dengan satu rombongan yang besar 10 orang, rombongan meminang anak dara yang tinggal di Pasir Putih. Jangan risau kerana Go Rocket ada menyediakan Van Persiaran yang boleh memuatkan 10 hingga 14 orang. Anda boleh sahaja menyewa Ford Spectron, Nisan Urvan atau Toyota Hiace.

Jenis dan Harga Sewa Kereta Kota Bharu Airport

Kereta-Sewa-Pandu-Sendiri-Kelantan

Model Kereta Harian (RM) Minggu (RM) Bulan (RM)
Produa Viva (A) 110 600 1500
Volkswagen Golf TSI (A) 350 2500 5000
Produa Axia (A) 120 650 1800
Produa Axia SE (A) 130 700 1900
Proton Saga FLX (A) 140 700 1900
Produa Myvi (A) 130 700 1900
Produa Myvi X (A) 140 750 1980
Produa Myvi SE 1.5 (A) 150 800 2000
Produa Bezza Advance (A) 150 800 2000
Produa Alza (A) 180 1100 2500
Nissan Almera (A) 200 1100 2700
Hyundai Starex Royale (A) 550 2800 7000
Toyota Vellfire (A) – Standard 600 3000 8000
Toyota Vellfire (A)

Full Specs (Pilot seat, electric seat, sunroof and moonroof)

700 3500 9000
Exora CFE Bold (A) 250 1300 3000
Ford Spectron (A) 180 1100 2500
Nissan Urvan (M) 350 2500 5000
Toyota Hiace (M) 350 2500 5000

 

Testimoni Pelanggan Yang Telah Sewa Kereta Di Kelantan,  Go Rocket

“Baek”, “Terbaik”, “Terbaiiikkk”. Itu antara kata-kata pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Go Rocket yang memberikan perkhidmatan sama seperti syarikat berjenama bertaraf 5 bintang. Berikut adalah antara ulasan positif yang diberikan oleh pelanggan setia Go Rocket.

 

Tempah Kereta Sewa Di Kelantan Airport SEKARANG !

Perjalanan dan pemanduan yang selesa bermula dengan Go Rocket. Jika anda berada di Kelantan anda boleh Tempah terus ke Pejabat urusan Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd terletak di Wakaf Bharu dan Machang Kelantan.

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PLot 303 kg pasir pekan,wakaf bharu,

16250 Tumpat,

Kelantan.

Tel: 016 7508833

Untuk keterangan lanjut mengenai sewa kereta di Kelantan Airport dari Go Rocket, boleh juga layari laman web www.keretasewakb.com atau laman web www.kembarakhalifah.my

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota BharuLot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ) Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts

Scroll to Top