Sewa Kereta di Kelantan-Harga Yang Murah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang terletak di kawasan pantai timur dan ia juga dikenali sebagai Serambi Mekah ataupun negeri Cik Siti Wan Kembang. Negeri Kelantan menawarkan pelbagai tempat – tempat yang menarik serta makanan yang asli yang hanya boleh didapati di negeri ini sahaja. Sama ada anda datang ke Kelantan untuk bercuti mahupun atas urusan kerja, pasti agak sukar untuk anda menolak keinginan anda untuk meneroka negeri ini yang penuh dengan pelbagai budaya dan adat resam asli. Anda perlu menyewa sewa kereta di kelantan ketika anda berada di Kelantan kerana anda boleh pergi ke mana – mana sahaja yang anda mahukan tanpa perlu membuang masa menunggu bas ataupun keretapi.

Anda juga bebas untuk meneroka negeri ini sesuka hati dan tidak terbatas dengan jadual bas ataupun teksi. Sekiranya anda datang ke Kelantan atas urusan kerja, ia juga penting untuk anda menyewa kereta kerana anda tidak boleh lewat untuk berjumpa klien – klien anda. Anda boleh lihat tips – tips untuk menyewa kereta sebelum anda memilih perkhidmatan yang anda mahu gunakan ketika anda berada di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tips – tips Untuk Sewa Kereta di Kelantan

1 – Bayar Tempahan Terlebih Dahulu

Sekiranya pihak penyewa mahu anda membayar tempahan ataupun deposit terlebih dahulu, ini bermakna kadar sewaan yang diberikan adalah jauh lebih murah. Penyewa perlu memastikan kereta yang diberikan kepada anda tidak diambil oleh pelanggan lain dan juga anda tidak perlu membayar lebih dari kadar yang telah dijanjikan ketika anda mahu mengambil kereta sewa tersebut. Anda boleh mengubah tarikh tempahan anda tetapi anda tidak boleh membatalkan tempahan anda setelah anda membayar duit deposit.

2 – Semak Kerosakan Kereta Sewa

Ketika anda mengambil kereta sewa yang diberikan, anda harus menyemak kereta tersebut dari segi prestasi dan juga kebersihan kereta sewa. Anda boleh menyemak kerosakan dengan melihat keadaan sekeliling kereta serta menyemak bahagian enjin kereta dan beritahu penyewa sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang sedia ada. Hal ini kerana anda tidak perlu menanggung kos tambahan sekiranya penyewa mahu mengecas anda atas sebarang kerosakan.

3 – Pastikan Tiada Had Kilometer

Kebanyakan syarikat kereta sewa akan memberikan had kilometer yang anda boleh gunakan ketika anda menggunakan kereta sewa yang mereka berikan. Jadi, anda perlu mencari syarikat kereta sewa yang tidak memberikan had kilometer untuk anda gunakan supaya anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahukan tanpa perlu risau tentang had tersebut.

4 – Minyak Petrol

Syarikat kereta sewa selalunya akan meminta anda untuk mengisi semula petrol dengan penuh sebelum anda pulangkan kereta sewa dan anda boleh menjimatkan petrol anda dengan mengisi minyak berdekatan dengan pejabat di mana anda perlu pulangkan semula kereta tersebut. Anda tidak perlu risau dengan minyak petrol yang berkurangan sekiranya anda mengikut tips ini.

5 – Pantau Harga Dengan Membandingkan Laman Web

Sudah pasti anda mahu menyewa kereta dengan harga yang paling murah, bukan? Jika anda mahu harga yang paling berpatutan, anda harus melakukan sedikit kajian sebelum anda membuat keputusan untuk menyewa dengan syarikat tersebut. Anda boleh lihat harga dan juga kelebihan sesuatu syarikat sebelum anda menyewa kereta kerana ia akan memudahkan perjalanan anda sendiri. Anda boleh melayari pelbagai laman web agar anda dapat menyewa dengan harga yang paling berpatutan.

Go Rocket Travel and Tours @ Kereta Sewa Kelantan. Sewa Kereta di Kelantan Dengan Harga Yang Murah.

Adakah anda mencari kereta sewa yang bersih, murah dan prestasi yang mantap? Jawapannya adalah Kereta Sewa Kelantan. Mereka bertapak di Machang, Kelantan dan menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Kelantan, chauffeur / pemandu peribadi dan juga perkhidmatan airport transfer di seluruh kawasan Kelantan seperti Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu,Kubang Kerian, Pasir Mas, Jerteh, Besut, Bachok, Pulai Chondong, Kok Lanas, Ketereh, Melor, Pengkalan Chepa dan Lundang.

Kereta Sewa Kelantan memberikan pelbagai jenis kereta dan servis mengikut keselesaan anda sendiri. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kereta seperti kereta ekonomi, MPV, luxury dan juga van dengan harga yang berpatutan dan anda boleh menyewa kereta mereka secara harian, mingguan dan juga bulanan. Anda boleh merasai sendiri kereta mereka yang baru dan bersih agar anda boleh memandu dengan selesa.

Mereka akan menghantar sendiri kereta yang telah dicuci dan diservis kepada pelanggan mereka jadi anda hanya perlu menghantar lokasi anda dan tunggu mereka menghantar sendiri kereta yang telah anda tempah. Kereta Sewa Kelantan memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan jadi anda tidak perlu risau, kereta yang anda tempah juga didatangkan sekali dengan senyuman yang ikhlas dan layanan yang mesra dari team Kereta Sewa Kelantan.

Tiada masalah kereta rosak ataupun buruk sewaktu anda bersama Kereta Sewa Kelantan. Setiap kereta yang diberikan adalah wangi dan bersih serta diservis untuk anda menggunakannya jadi tidak perlu risau ya! Kereta Sewa Kelantan akan memastikan setiap pelanggan mereka berpuas hati dengan setiap kereta yang disewa.

Ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika anda sewa kereta di Kelantan? Jangan risau! Team Kereta Sewa Kelantan menyediakan perkhidmatan pelanggan dan juga perkhimatan menunda kereta selama 24/7. Anda boleh menghubungi nombor +6016-7508833 dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan dengan pantas dan efisien.

Jenis – jenis Kereta Yang Ditawarkan Oleh Kereta Sewa Kelantan

Kereta ekonomi ataupun kereta kompak adalah kereta jenis sporty dan lebih jimat minyak. Kereta Sewa Kelantan menawarkan kereta jenis Myvi, Axia dan juga Volkswagen Golf sekiranya anda memerlukan kereta yang lebih jimat minyak, anda boleh menyewa kereta jenis kompak ini. Harga kereta jenis kompak bermula dari RM 110/ hari.

Kereta Sewa Kelantan juga menawarkan kereta jenis MPV dan Van yang sesuai digunakan oleh anda yang membawa keluarga yang besar ataupun rakan – rakan anda bersama ketika anda berada di Kelantan dan harganya bermula hanya dari RM 180 / hari. Jenis MPV dan Van yang ditawarkan termasuklah Alza, Exora CFE Bold, Nissan Urvan, Toyota Hiace dan banyak lagi.

Kereta jenis luxury seperti Hyundai Starex dan Toyota Vellfire juga boleh disewa dari Kereta Sewa Kelantan dengan harga bermula dari RM 600 / hari. Pasti anda akan berasa teruja dengan kereta sewa mewah ini dan anda dapat rasai sendiri pengalaman menaiki kereta mewah yang bersih dan selesa.

Kereta-Sewa-Mewah-Kota-Bharu

Di bawah adalah senarai penuh harga sewa kereta di Kelantan yang ditawarkan;

Model Kereta Kelas Harian
(RM)
Mingguan
(RM)
Bulanan
(RM)
 Produa Viva (A) A 110 600 1500
 Volkswagen Golf TSI (A) C 450 3000 6500
 Produa Axia (A) A 120 650 1800
 Produa Axia SE (A) A 130 7000 1900
 Proton Saga FLX (A) A 140 700 1900
 Produa Myvi (A) A 130 700 1900
 Produa Myvi X (A) A 140 750 1980
 Produa Myvi SE 1.5 (A) A 150 800 2000
 Produa Bezza Advance (A) A 150 800 2000
 Produa Alza (A) B 180 1100 2500
 Produa Avanza (A) B 200 1100 2700
 Hyundai Starex Royale (A) C 600 3600 7000
 Toyota Vellfire (A) C 800 4500 9000
 Exora CFE Bold (A) B 250 1300 3000
 Ford Spectron (A) B 180 1100 2500
 Nissan Urvan (M) B 350 2500 5000
 Toyota Hiace (M) B 350 2500 5000

Berminat? Anda boleh sewa kereta di Kelantan dengan menyediakan dokumen – dokumen yang diperlukan iaitu;

  1. Salinan IC penyewa
  2. Salinan lesen penyewa
  3. Salinan bil utiliti (bil elektrik, bil ASTRO, dan sebagainya)
  4. Salinan kad matrik (untuk pelajar sahaja)

Setiap tempahan memerlukan deposit dan kadar pembayaran deposit adalah bergantung kepada jenis kereta dan juga tempoh penyewaan kereta.

Tempah Kereta Sewa Anda Sekarang!

Sewa-Van-Hiace-Kelantan

Anda boleh datang sendiri ke pejabat mereka yang bertapak di Machang, Kelantan, di hadapan Pasar Besar Machang, atas stesen teksi dan kereta sewa, bersebelahan stesen bas SKMK.

Alamat Penuh:

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PLot 303 kg pasir pekan,wakaf bharu,

16250 Tumpat,

Kelantan.

Tel: 016 7508833

Untuk keterangan lanjut mengenai sewa kereta di Kelantan Airport dari Go Rocket, boleh juga layari laman web www.keretasewakb.com atau laman web www.kembarakhalifah.my

Kereta Sewa

Kereta Sewa

Leave a Replay

Follow Us

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Alamat Kota Bharu

Kereta Sewa Kota BharuLot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar ) Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan

Alamat HQ:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
Lot 1303 Kampung Baru Kutan Pasir Pekan, 16200 Tumpat , Kelantan

Caw (Machang)
no pt2322, Lebuhraya Timur Barat, kampung membunga, 18500 machang

Tel: 016 7508833

Recent Posts

Scroll to Top