Pernah tak anda melancong ke Kelantan? Selain daripada Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan sebenarnya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Dari pusat membeli-belah, sehinggalah air terjun, Kelantan antara destinasi pelancongan yang perlu anda masukkan kedalam senarai pelancongan di dalam Malaysia yang perlu anda lawati. Jika anda ingin menikmati keindahan Kelantan, anda boleh dapatkan Van Sewa Kota Bharu bersama dengan pemandu supaya anda tidak sesat dan tertekan dengan trafik. Berikut adalah 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Anda Lawat Dengan Van Sewa Kota Bharu.
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
Jika anda berminat untuk membeli belah, maka ini lokasi yang perlu anda masukkan dalam senarai semak tempat-tempat yang perlu dikunjungi sepanjang berada di Kelantan.
Zon bebas cukai ini, dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang, Pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sesak dan sibuk di Kelantan. Banyak barangan murah dari negara jiran, Thailand, dapat diperolehi disini.
Pantai Cahaya Bulan
Lokasi seterusnya pada senarai semak anda bersama dengan Van Sewa Kota Bharu adalah pantai yang asalnya dinamakan sebagai Pantai Cinta Berahi.
Pantai ini merupakan destinasi perkelahan digemari ramai lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah dan hujung minggy, terletak 10km sahaja dari Bandar Kota Bharu.
Apa yang membuatkan kawasan ini menjadi tarikan adalah pesisir pantai yang panjang. Oleh demikian, jika anda merancang untuk melawat kawasan ini, jangan lupa bawa bekalan makanan untuk berkelah di tepi pantai sambil menikmati pandangan dan gelagat orang ramai.
Kota Sultan Ismail Petra
Kawasan ini merupakan kawasan tupuan utama pelancongan di Kelantan. Ini kerana terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Istana Jahar, Istana Balai Besar, Padang Merdeka, Bank Pitis dan banyak lagi.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Kesemua tempat-tempat yang disebutkan ini adalah berdekatan dan anda boleh berjalan kaki sahaja.
Jeram Linang
Apa kata, anda pandu van sewa Kota Bharu dan bawak keluarga mandi di salah satu lokasi air terjun yang terkenal di Kelantan, iaitu, Jeram Linang.
Kawasan ini merupakan kawasan rekreasi hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Air terjun ini adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu.
KB Mall
Tak sah bersiar-siar sekitar Kota Bharu kalau tak ke KB Mall. Kalau anda minat membeli belah, inilah destinasi yang perlu anda singgah dengan van sewa Kota Bharu.
KB Mall adalah sebuah pusat membeli-belah yang dibuka sejak 2004. Ia mengandungi 300 lot kedai dalam bangunan 5 tingkat, dan ia menjadi pusat gaya sehenti untuk keluarga dan pelancong.
Van Sewa Kota Bharu Van Pelancong
keretasewakb.com ada menyediakan Van sewa dengan dengan kadar sewaan antara RM180 – RM350 sehari jika anda merancang untuk melancong di Kelantan.
Sewa van sebenarnya lebih murah dari anda menyewa kereta atau pandu sendiri.
Jika anda melancong bersama rakan sepejabat, anda boleh berkongsi bayaran untuk sewa van tersebut antara, RM 20 – RM40 sehari secara puratanya daripada 10 orang.
Anda juga boleh berkongsi kos minyak petrol, tol, parking dan sebagainya untuk jimat perbelanjaan anda.
Terdapat 3 jenis van dengan muatan 12 orang yang anda boleh pilih dari syarikat sewa kereta ini iaitu Ford Spectron, Nissan Urvan dan Toyota Hiace.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa van mewah dan juga sewa van bersama pemandu terlatih.
Van Sewa Kota Bharu Van Mewah
Jika bajet anda mengizinkan atau anda ingin melancong dengan bergaya dan keselesaan, sekali-sekala apa salahnya anda dapatkan van mewah. Kadar sewaan harian antara RM550 hingga RM700, membolehkan anda menyewa 2 jenis van mewah, Hyundai Starex bewarna hita, dan Toyota Vellfire berwarna putih.
Kalau anda nak merasa memandu jentera bernilai ratusan ribu ringgit, inilah masanya anda mengambil kesempatan untuk memandu uji van mewah tersebut.
Van Sewa Kota Baru Dengan Pemandu Professional

Kalau anda tak nak jadi pemandu pula dan nak duduk di tempat penumpang, anda boleh dapatkan khidmat pemandu terlatih dari KeretaSewaMachang.com.
KeretaSewaMachang.com juga menawarkan perkhidmatan van sewa bersama dengan pemandu dengan harga berpatutan. Keselamatan anda dijamin kerana pemandu dari KeretaSewaMachang.com adalah terlatih, cekap dan penjaga yang sangat baik. Mereka juga akan pastikan anda selesa sepanjang perjalanan.
Harga yang ditawarkan termasuk minyak, toll, pemandu, keadaan van yang sangat baik dan air mineral percuma untuk setiap penumpang.
Bagaimana Hendak Tempah Van Sewa Kota Bharu
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi Yie / Zul di nombor berikut: +6016750 8833 atau dengan menghantar whatsapp melalui link berikut, http://sohocar.wasap.my (gunakan browser telefon bimbit anda).
Anda juga boleh menghantar SMS dengan format berikut:
Nama:, Ic:, No. Lesen:, Alamat:, Jenis kereta:, Tarikh ambil:, Masa ambil:, Tarikh hantar:, Masa hantar:, No phone:, Email, dan mereka akan membalas dengan kadar segera.
Selain itu, jika anda tinggal di kawasan Machang, anda boleh singgah ke pejabat mereka yang terletak di hadapan Pasar Besar Machang, atas stesen teksi dan kereta sewa bersebelahan stesen bas SKMK, di alamat berikut,
Alamat Kota Bharu Kelantan
Kereta Sewa Kota Bharu
Lot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar )
Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu Kelantan
Alamat HQ:
Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPL/LN4615)
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang
Kelantan,
Tel: 016 7508833